PERMOTORAN
Khairul Idham akhiri zaman bujang
Siapa sangka, dalam senyap-senyap, bekas pelumba Moto3 negara, Khairul Idham Pawi menamatkan zaman bujang dengan pilihan hati, Nur Alisha Tajul.
Lebih menarik, perkenalan mereka bermula dengan sapaan 'hai' oleh Khairul Idham di Instagram Disember lalu.
Bekas pelumba negara itu yang pernah tawan Grand Prix Argentina dan Jerman ketika saingan Moto3 2016 melangsungkan pernikahan bersama pilihan hati, Nur Alisha Tajul 22 Mei lalu.
Iklan
Bukan hendak merahsiakan sebaliknya majlis itu dilangsungkan secara kecil-kecilan membabitkan keluarga rapat dan mematuhi segala Prosedur Operasi Standard (SOP).
Ucapan tahniah dan doa mengiringi majlis ijab kabul merpati dua sejoli ini.
Dia juga mengakui kini sedang cuba berjinak kembali dengan dunia permotoran, setelah mengumum persaraan tahun lalu.
Must-Watch Video