Skip to main content

Sukan Lain

Khairul Hafiz nyaris ditimpa kecederaan di Singapura

khairul-hafiz-290417.jpg
Harapan untuk melihat raja pecut negara, Khairul Hafiz Jantan, mengungguli acara pecut 100 meter tidak kesampaian apabila dia sekadar berpuas hati di tempat keempat dengan catatan 10.86 saat dalam aksi akhir Kejohanan Olahraga Terbuka Singapura, hari ini. 

Pada pertengahan perlumbaan itu, dia kelihatan hampir terjatuh, namun berjaya menamatkan lariannya. 

"Saya menaruh harapan dalam perlumbaan kali ini. 

"Saya memang tak jangka situasi ini akan berlaku dan sememangnya mahu mengelakkannya. 

"Walaupun hampir terjatuh dan mengalami kesakitan (di bahagian kaki kanan), saya tetap teruskan sambil memperlahankan larian.

"Kalau saya desak juga, saya mungkin tidak dapat menamatkan perlumbaan ini langsung," kata atlet kelahiran Melaka itu. 

Khairul Hafiz menyifatkan situasi itu berlaku berikutan ototnya yang berasa agak tegang selain dihimpit jadual padat. 

Biarpun kecewa, dia bagaimanapun bertekad untuk bangkit dalam kejohanan akan datang. 

"Saya sangat kecewa dengan situasi ini kerana ia tidak pernah berlaku sepanjang perlumbaan yang pernah saya sertai.

"Tetapi, saya akan buktikan dengan membuat larian terbaik nanti."
 

Advertisement

Must Watch Video