Pemain futsal negara, Mohd Khairul Effendy Mohd Bahrin, mengakui diterima dengan baik oleh warga futsal Indonesia selepas hampir sebulan beraksi bersama kelab di negara itu, SKN Kebumen.
"Alhamdulillah. Saya agak terkejut dengan penerimaan saya di sana. Saya tersilap sangkaan. Mereka termasuk penyokong, jurulatih dan pemain sebenarnya begitu menyokong Malaysia," katanya.
Khairul Effendy, yang mesra disapa Ayon, kembali ke tanah air kelmarin selepas diberi pelepasan untuk menyertai kem latihan skuad negara bagi menghadapi Kejohanan Futsal AFC di Taiwan dari 1 hingga 11 Februari ini.
Pemain berusia 30 tahun dari Klang itu dijangka terlepas dua perlawanan kelabnya dalam Liga Futsal Profesional Indonesia tetapi menegaskan tugasnya bersama skuad negara harus diutamakan.
"Saya akan terlepas aksi bersama Kebumen pada 3 dan 4 Februari. Mereka sudah lepaskan saya. Saya harus menyelesaikan tugas bersama pasukan kebangsaan.
"Selepas tamat Kejohanan AFC, barulah saya kembali bersama Kebumen," ujarnya.
Khairul Effendy adalah pemain futsal pertama Malaysia yang beraksi di luar negara, dengan pengalamannya selama sebulan di Indonesia dijangka dapat membantu skuad kebangsaan meraih keputusan positif dalam Kejohanan AFC.
Selain cemerlang bersama Melaka memenangi Liga Futsal Kebangsaan 2017, dia juga membantu skuad negara meraih pingat perak Sukan SEA Kuala Lumpur, Ogos lalu, dan tempat kedua Kejohanan Futsal AFF di Bangkok pada Januari tahun lalu.