Bintang UFC kelahiran Rusia, Khabib Normagomedov, teruja melihat perkembangan serta pencapaian sukan tempur di Malaysia ketika hadir ke sesi perkongsiannya dalam program The Path of A Champion di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur.
Dalam masa sama, petinju berusia 36 tahun itu sempat mengucapkan selamat maju jaya kepada Jaguh muay thai negara, Muhammad Johan Chazali Zulfikar, sambil merasakan dia mempunyai masa depan yang cerah dalam sukan tempur itu.
"Sekiranya dia (Jojo) ingin memutuskan untuk beralih ke sukan seni bela diri campuran (MMA), dia sangat dialu-alukan ke Dagestan untuk berlatih di pusat latihan saya pada masa akan datang.
"Tiada sebab untuk saya kembali ke gelanggang kerana saya sudah mempunyai legasi yang akan diteruskan oleh keluarga dan pelajar saya," katanya.