Skip to main content

Sukan Lain

Kemelut MPM: Syed Saddiq tidak akan campur tangan

syed-saddiq.jpg
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, tidak akan campur tangan dalam kemelut dalaman Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) dan menyerahkan sepenuhnya kepada ahli majlis badan induk sukan para negara itu untuk membuat keputusan.

Ia kerana beliau sedar bahawa ahli majlis MPM merupakan pemegang kuasa tertinggi selepas mahkamah menolak perintah larangan untuk badan itu mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM).

"Dalam bab ini, saya sedang cuba sebaik mungkin untuk tiada campur tangan politik.

"Saya rasa anda semua pun faham.

"Cuma saya dapat nasihat daipada pihak KBS (Kementerian Belia dan Sukan), PUU (Penasihat Undang-Undang) dan PJS (Pesuruhjaya Sukan) untuk membiarkan mereka cuba menyelesaikannya sendiri.

"Campur tangan menteri merupakan pilihan terakhir, itu pun perlu mengikut perlembagaan mereka," katanya ketika ditemui selepas Sidang Parlimen hari ini.

Ahli majlis MPM sedang berusaha untuk mendapatkan keputusan majoriti bagi mengadakan EGM.

Jika berjalan lancar, ia akan berlangsung selewat-lewatnya November depan.

Advertisement

Must Watch Video