"Kenapa ingin tegakkan benang yang basah?" kata Setiausaha Kehormat Majlis Paralimpik Malaysia, Siti Zaharah Abdul Khalid, sebaik menarik balik pencalonannya bagi jawatan naib presiden badan induk sukan para negara itu.
Siti Zaharah antara lima calon, termasuk Khairy Jamaluddin, Dr. Naharuddin Hashim, Dr. S. Radha Krishnan dan John Ng, yang dikatakan gagal mengemukakan borang pencalonan mengikut tempoh yang ditetapkan.
Bagi menyelesaikan kemelut itu secepat mungkin, beliau dengan rela hati menarik diri daripada bertanding merebut jawatan itu.
"Saya mengambil keputusan untuk menarik diri supaya kemelut ini berakhir.
"Saya nak calon-calon yang telah menghantar (borang) lambat supaya menerima hakikat bahawa tarikh tutupnya ialah 15 hari bulan (Jun)," katanya ketika dihubungi Nadi Arena, hari ini.
Beliau berharap calon lain juga akan membuat keputusan sama bagi menjaga kepentingan atlet para negara.
Seorang lagi calon yang sudah sah menarik diri ialah Dr. Radhakrishnan.
"Buat apa kita cuba menegakkan benang yang basah?
"Demi masa depan MPM, lebih baik kami menarik diri daripada menjadi penyebab pertelingkahan ini terus berlaku," tambahnya.