"Menyedihkan," kata calon timbalan presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Dr. S. Radha Krishnan, sebagai rintihan mengenai kemelut yang melanda badan induk sukan para negara itu.
MPM diselubungi drama berpanjangan susulan kegagalannya melaksanakan pemilihan yang sepatutnya diadakan dalam mesyuarat agung tahunannya 29 Jun lalu.
Baginya, situasi itu mampu menjejaskan kepentingan atlet para negara.
"Sejak dari Jun membawa ke Julai dan kini sudah hampir ke Oktober, sudah tiga bulan dan mereka masih belum dapat menyelesaikannya.
"Sedihlah saya.
"Saya sudah bekerja dengan golongan OKU (orang kelainan upaya) selama 51 tahun, sekarang berkhidmat sebagai sukarelawan.
"Tidak pernah berlaku perkara seperti ini," katanya.
Beliau turut menaruh harapan agar persatuan itu menyedari kesilapan mereka dan akan membuat keputusan yang sewajarnya.
"Sesiapa yang membuat kesilapan, menghantar borang lewat, anda tidak dapat bertanding, itu sahaja.
"Serupa macam pilihan raya, anda hantar lewat seminit sahaja pun, anda tidak boleh masuk dewan untuk pencalonan," tambahnya.