Dr. S. Radha Krishnan tetap akan bertanding merebut jawatan timbalan presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) biarpun Persatuan Boccia Malaysia (PBM) telah menarik balik pencalonan itu.
Kemelut MPM memasuki episod baru apabila dua persatuan menarik balik pencalonan mereka kerana lewat menyerahkan borang.
Bagaimanapun, situasi berkenaan tidak memberikan kesan buat Dr. Radha Krishnan memandangkan beliau turut dicalonkan oleh Persatuan Sukan Orang Buta Malaysia, yang telah menyerahkan borang pencalonan empat hari sebelum tarikh tutup, 15 Jun lalu.
"Mereka (PBM) menarik balik pencalonan itu kerana mahu mengaku bersalah selepas menghantar borang lewat.
"Tetapi ia tidak akan mengganggu pencalonan saya kerana pencalonan daripada Persatuan Sukan Orang Buta Malaysia masih boleh digunakan.
"Ia (borang) telah dihantar pada 11 Jun lalu, jadi ia sepatutnya tiada masalah," katanya.
Untuk rekod, Persatuan Boling Padang Orang Kurang Upaya Malaysia (PBPOKUM) turut menarik balik pencalonan Setiausaha Kehormat MPM, Siti Zaharah Abdul Khalid, daripada merebut jawatan itu.