Bekas pelumba kebangsaan, Harrif Saleh, meluahkan rasa kecewa seperti dipinggirkan di negeri kelahirannya, Terengganu.
Dalam satu kenyataan di laman sosial malam tadi, Harrif -- yang kariernya merentasi berbasikal trek mahupun lebuh raya -- bersedih seolah-olah jasanya bagaikan tidak dihargai sekalipun pernah menggondol pelbagai gelaran dan pingat sambil menegur sikap Majlis Sukan Negeri (MSN) Terengganu agar tidak meminggirkan bekas atlet sepertinya.
Advertisement
