Skip to main content

Badminton

Piala Uber: Kami tidak jangka menang, hanya main sahaja -- Noraqilah Maisarah-Low Zi Yu

low aqilah

Beregu wanita muda negara, Noraqilah Maisarah Ramdan-Low Zi Yu, mengakui tidak menjangka dapat menewaskan  gandingan nombor 7 dunia dari Jepun, Rin Iwanaga-Kie Nakanishi, dalam aksi terakhir Kumpulan B, Piala Uber di Denmark, malam tadi.

Noraqilah Maisarah (18) dan Zi Yu (15) mencipta kejutan apabila menumbangkan lawan dengan nama besar itu 21-17, 12-21, 21-19 untuk memberikan mata tunggal negara ketika tewas 1-4 kepada Jepun dalam penentuan juara kumpulan berkenaan.

Advertisement

Kemenangan itu, setidak-tidaknya mengubati kekalahan skuad negara, yang telah mengesahkan kelayakan ke suku akhir hasil dua kemenangan terdahulu.

"Ketika ini, umur bukanlah segalanya," kata Noraqilah Maisarah kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari

"Ramai yang lebih muda dari saya tetapi sudah bermain dalam kejohanan lebih besar.

"Untuk kejohanan ini, kami tahu kami bukan pilihan, jadi tidak jangka akan menang. Kami hanya main apa yang kami boleh sahaja."

Zi Yu pula berkata: "Saya amat menghargai peluang yang diberikan BAM (Persatuan Badminton Malaysia) untuk menyertai kejohanan sebesar ini.

"Saya dapat pendedahan awal untuk menentang lawan yang amat kuat, jadi ia satu peluang yang amat baik."

 

Must Watch Video