Kapten Kinabalu Golf Club, Maximilian Benedict Jr. Boijol, menyifatkan penganjuran Kem Elit National Junior Development Programme (NJDP) MGA 2025 di Sabah sebagai satu langkah cemerlang dalam usaha memperkasa pembangunan sukan golf di negeri itu.
Menurut sebelum ini, kurangnya program seumpama ini menyebabkan pembangunan golf di Sabah seolah-olah terpinggir, namun dengan adanya inisiatif ini, ia membuka peluang besar buat bakat muda untuk berkembang dan bersaing di peringkat lebih tinggi.
Maximilian juga berharap kem ini dapat menjadi titik tolak kepada era baharu bagi golf di Sabah, dengan lebih banyak platform disediakan bagi mencungkil dan membimbing pemain berbakat di negeri itu.
"Kejuaraan seperti ini perlu diteruskan pada masa akan datang. Kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sudah pun menunjukkan sokongan penuh, dan saya harap mereka akan terus membantu agar lebih ramai pemain muda dapat dilahirkan.
"Saya melihat perkembangan yang sangat positif dalam sukan golf di Sabah," kata Maximilian Benedict Jr. Boijol, kepada wartawan Astro Arena, Kamal Nizam.
Inisiatif ini turut mendapat sokongan daripada dua pemain elit remaja Sabah yang akhirnya berpeluang merasai pengalaman bersaing dengan bakat terbaik negara.
Mereka menyifatkan program ini sebagai satu platform penting dalam meningkatkan tahap permainan mereka ke peringkat lebih tinggi.
"Sangat mengagumkan dapat berlatih bersama pemain terbaik di Malaysia. Kebanyakan daripada mereka adalah rakan saya, jadi kami dapat berhubung dengan baik dan berkongsi pengalaman. Cabaran seperti ini sangat bagus kerana ia membantu kami menilai tahap permainan sendiri.
"Dalam acara pertandingan semalam, saya berpeluang berlatih dan bersaing dengan mereka. Ini bukan sahaja memberi pengalaman baharu tetapi juga peluang untuk belajar dan memahami strategi mereka dengan lebih mendalam, baik di dalam mahupun di luar padang golf," kata Brandon Wong Yi pemain golf elit remaja Sabah.
Mereka turut menyeru agar lebih ramai pemain Sabah mengambil peluang yang ada dan tidak merasa malu untuk menyertai kejohanan serta program seperti ini bagi meningkatkan kemahiran mereka.
"Kemudahan golf di Sabah semakin maju dan berdaya saing. Pemain muda Sabah tidak perlu ragu-ragu, mereka hanya perlu datang, bermain, dan tingkatkan prestasi mereka untuk ke peringkat lebih tinggi," kata Muhammad Harith Haitollah, pemain elit remaja Sabah.
Dengan penganjuran Kem Elit NJDP MGA 2025 ini, diharapkan ia menjadi langkah awal dalam melahirkan lebih ramai pemain golf berbakat dari Sabah yang mampu mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.