Ketua jurulatih skuad futsal negara, Rakphol Sainetngam, lega membawa Malaysia mara ke pusingan akhir Kejohanan Futsal Piala Asia 2026 meskipun berdepan tempoh persiapan singkat.
Malaysia dalam kelompok tujuh pasukan selaku naib juara kumpulan terbaik, bagi mengiringi lapan juara kumpulan di peringkat kelayakan termasuk tuan rumah, Indonesia.
Bagi Rakhpol, komitmen serta kesungguhan yang ditampilkan barisan pemainnya di Stadium Tertutup Sukpa, Kuantan itu menjadi kunci utama kejayaan skuad negara melangkah ke pusingan akhir.
"Saya berdepan tekanan hebat.
"Malah, penyokong Thailand juga turun menyaksikan perlawanan ini. Kalau saya boleh luahkan dalam bahasa Thailand, mungkin kamu akan menangis di samping saya.
"Dan kami akan menyambung persiapan di pertengahan bulan depan.
"Pemain akan berehat terlebih dahulu berikutan persiapan menjelang kejohanan ini," katanya.
Dia turut mengesahkan bakal mengadakan perbincangan dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi merencana persiapan awal pasukan menuju kempen di Jakarta, Indonesia, Januari tahun depan.
Untuk rekod, Malaysia muncul naib juara Kumpulan G selepas mencatat dua kemenangan, masing-masing ke atas Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bangladesh, selain tewas kepada Iran dalam perlawanan terakhir.
Di kem Iran, pengendalinya, Vahid Shamsaei, berpuas hati dengan persembahan sempurna yang dicatatkan pasukannya dalam pusingan kelayakan.
Legenda futsal Iran itu turut percaya bahawa pasukannya berada di landasan terbaik bagi mempertahankan kejuaraan Asia, sekali gus genggam gelaran buat kali ke-14 dalam edisi akan datang.
"Futsal sedang berkembang di seluruh dunia.
"Kami menghormati setiap pasukan yang dihadapi Iran dan kami mahu membuktikan keampuhan selain memburu gelaran Asia yang ke-14," katanya pula.
Dapatkan Sekarang

Semangat Bola Tak Pernah Padam
Main lebih yakin dengan kasut futsal ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.
Dapatkan Sekarang