Skip to main content

Sukan

Kelayakan Euro 2024: Hujan ribut jejas aksi Scotland-Georgia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

scotland.jpg
Steve Clarke mengakui perlawanan kelayakan Euro 2024 di antara Scotland dan Georgia sepatutnya dihentikan sebelum Callum McGregor menjaringkan gol pembukaan dalam kemenangan 2-0 yang diganggu hujan di Hampden Park, awal pagi tadi. 

Hujan ribut menjelang perlawanan Kumpulan A itu telah menjadikan perlawanan berkenaan bertukar kelakar di peringkat pembukaan dan Clarke dan rakan sejawatannya di kem lawan, Willy Sagnol, telah pun menyuarakan kebimbangan sebelum pemain tengah tersebut menjaringkan gol pada minit keenam dengan satu percubaan.

Pengadil dari Hungary, Istvan Vad, segera menghentikan permainan sambil mengesahkan penangguhan selama 20 minit bagi tujuan padang dibersihkan daripada air sebelum pemeriksaan padang.

Apabila permainan akhirnya disambung semula selepas lebih 90 minit dihentikan.

 

Pemain tengah, Scott McTominay, kemudian menggandakan kedudukan buat Scotland -- dua minit kedua memasuki separuh masa kedua untuk mencetak jaringan kelimanya dalam empat perlawanan kelayakan sebelum bintang Georgia, Khvicha Kvaratskhelia, terlepas sepakan penalti pada masa tambahan.

“Ketika itulah (sepakan penalti) permainan sepatutnya dihentikan,” seloroh Clarke mengenai tempoh ketika ia tanpa jaringan. 

“selain kelahiran tiga anak saya, ini adalah hari paling panjang dalam hidup saya”.

Advertisement

Must Watch Video