Ons Jabeur menyasarkan untuk merampas gelaran pemain nombor satu dunia selepas membuat permulaan yang meyakinkan dalam Kejohanan Wimbledon apabila hanya memerlukan 53 minit untuk mencatat kemenangan straight set ke atas Mirjam Bjorklund.
Jabeur -- yang ditabalkan selaku pemain nombor dua dunia semalam -– menghuni ranking tertinggi yang pernah dicapai oleh pemain dari Afrika sama ada dalam jelajah WTA mahupun ATP ketika melakar kemenangan 6-1, 6-3 pusingan pertama awal pagi tadi.
Pemain Tunisia itu, yang membuat persiapan menjelang kempen Wimbledon dengan memenangi Terbuka Jerman awal bulan ini dan beraksi dalam acara beregu di samping Serena Williams di Eastbourne International, akan menentang Katarzyna Kawa dalam pusingan kedua, awal pagi esok.
Mata kedudukan tidak ditawarkan dalam siangan di Kelab All England itu berikutan penggantungan pemain Russia dan Belarus tetapi Jabeur sudah pun melihat lebih jauh ke hadapan dengan meluahkan hasratnya menjadi pemain wanita terbaik dunia tahun ini.
Ditanya sama ada dia berharap mampu mara jauh selepas terkandas dalam suku akhir tahun lalu, Jabeur berkata: "Ya, sudah pasti, terutama selepas saya mencapai ranking tertinggi.
“Sungguh menakjubkan untuk berada di sini, kembali ke Wimbledon, bermain di salah satu permukaan terhebat yang saya gemari, khususnya yang menyukai pukulan 'drop dan slice' seperti saya.
"Jadi saya gembira dapat kembali dan berharap akan pergi lebih jauh berbanding suku akhir.
"Ia satu permulaan yang baik untuk saya. Saya mahu pergi sejauh mungkin dan hanya melepaskan empat game merupakan satu permulaan yang baik.
"Pada awal musim ini, saya berada di nombor 10 atau nombor sembilan dunia lalu saya berkata, 'Saya tergolong dalam kelompok ini tapi saya tidak rasa layak untuk menjadi pemain kelima atau keempat dunia'.
“Sekarang saya rasa saya lebih layak meraihnya. Saya memenangi perlawanan untuk membuktikan diri layak berada di peringkat ini.
"Saya berasa lebih yakin. Semoga langkah seterusnya akan menjadikan saya sebagai pemain nombor satu."

All business ?
— wta (@WTA) June 27, 2022
?? @Ons_Jabeur moves past Bjorklund in straight-sets!#Wimbledonpic.twitter.com/H00dTPFtNQ