Skip to main content

Hoki

Kami tidak dapat kawal apa yang orang mahu katakan -- Ketua jurulatih hoki negara

sar

Objektif utama skuad hoki negara tercapai apabila menutup tirai kempen Kelayakan Piala Dunia di Mesir dengan mengesahkan tiket ke Piala Dunia 2026 sekali gus menjadi penampilan kesembilan malaysia di pentas tertinggi itu.

Namun, disebalik kejayaan itu, skuad The Speedy Tigers tidak menutup mata terhadap prestasi permainan yang disifatkan kurang memuaskan dalam beberapa perlawanan serta masih mempunyai kelemahan yang perlu diperbaiki khususnya aspek membuat keputusan di saat genting.

Advertisement

Sesi penilaian keseluruhan akan dilakukan dalam masa terdekat bagi memastikan perubahan berlaku menjelang aksi di beberapa temasya berprestij selepas ini seperti Nations Cup, Piala Dunia serta Sukan Asia Aichi-Nagoya.

"Kami tidak mampu mengawal apa yang orang mahu katakan, terpulang kepada mereka tetapi kami berusaha menjadi lebih baik," kata Sarjit.

"Dua aksi terakhir kami kurang memuaskan, tetapi sebagai pemain kami telah cuba yang terbaik.

"Kami perlu akur dengan keputusan dan perbaiki cara membuat keputusan,saya harap perkara ini tidak akan berulang." tambah Fitri Saari.


Dalam pada itu, Sarjit mengakui penurunan ranking dunia ke tangga ke-15 mencetuskan pelbagai reaksi ramai yang gusar dengan situasi tersebut meskipun tiket ke Piala Dunia berjaya diperolehi.

Bagaimanapun, dia menegaskan seluruh pasukan menyedari kebimbangan itu dan akan terus bekerja keras untuk kembali menghampiri kelompok 12 terbaik dunia.

"Kecergasan pemain sangat bagus, kami menang dan kalah sebagai sebuah pasukan dan bukan individu." ujar Sarjit lagi.
 

Must Watch Video