Skip to main content

Tenis

Kejohanan Wimbledon: Emma Raducanu nafi tekanan hebat punca tersingkir awal

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

raducanu.jpg


Emma Raducanu mengakui tidak meletakkan sebarang sasaran dalam kempen Kejohanan Wimbledon kali ini selepas terkandas dalam pusingan kedua berikutan kekalahan 3-6, 3-6 kepada Caroline Garcia, awal pagi tadi. 

Persembahan dominan daripada Garcia menyaksikan dia memenangi 71 peratus mata dalam servis pertamanya dengan memenangi 15 daripada 18 mata, sementara Raducanu pula gagal mencari jawapan terbaik sungguhpun menerima sokongan padu penonton di Gelanggang Tengah itu. 

Pemain berusia 19 tahun itu dibelenggu kecederaan menjelang kejohanan ini apabila terpaksa menarik diri dalam satu-satunya kejohanan tunggal di gelanggang rumput Britain yang menyaksikan kempennya bertahan tujuh perlawanan sahaja.

Pemain nombor 11 dunia tersebut sedar menggalas harapan tinggi penyokongnya tetapi bercakap selepas kekalahan straight set kepada Garcia itu, Raducanu menganggap ia bukanlah gambaran sebenar kemmampuannya. 

"Jelas sekali sukar untuk ditelan apabila tewas dalam mana-mana perlawanan. Tetapi tidak mengapa kerana dalam hal ini saya tidak terlalu meletakkan harapan ke atas diri sendiri," katanya dalam sidang akhbar.

 
Kekalahan itu bermakna dia belum memenangi sebarang perlawanan Grand Slam berturut-turut sejak menjulang trofi Terbuka Amerika Syarikat tahun lalu, malah tumbang di peringkat kedua Terbuka Australia dan Terbuka Perancis.

Bagaimanapun, dia menepis sebarang cadangan bahawa dia berdepan tekanan hebat dengan menyatakan: "Saya baru berumur 19 tahun. 

"Ya, saya telah menarik banyak perhatian. Tetapi saya adalah juara Grand Slam, jadi tiada siapa yang boleh merampasnya daripada saya. 

"Tekanan adalah buat mereka yang belum melakukannya."

Advertisement

Must Watch Video