Novak Djokovic mengimpikan prospek bertemu Rafael Nadal dalam perlawanan akhir Kejohanan Wimbledon sambil menyasarkan untuk membalas dendam atas kekalahannya kepada pemain Sepanyol itu dalam Terbuka Perancis.
Nadal di landasan tepat untuk mengungguli Grand Slam ketiga tahun ini bagi menyusuli kemenangan Terbuka Australia pada Januari lalu dan Terbuka Perancis ke-14 pada awal bulan ini, termasuk mengatasi Djokovic dalam perlawanan klasik suku akhir di lapangan tanah liat di Paris itu.
Kejayaannya di Roland Garros itu memastikannya berkelebihan dua gelaran berbanding pemilik 20 Grand Slam tersebut, malah merupakan kemenangan kelapan terakhirnya ke atas pemain Serbia berkenaan untuk jumlah 29 kemenangan sepanjang pertemuan mereka, apa pun Djokovic masih unggul dengan rekod 30 kemenangan.
Mereka telah mengadakan 59 pertemuan untuk pertembungan paling kerap dalam Era Terbuka dan mereka diramalkan akan berentap dalam perlawanan akhir buat sekian kalinya.
Bercakap kepada Sky Sports, juara bertahan Wimbledon, Djokovic, berkata dia sememangnya menggemari perlawanan final sebegitu sambil menegaskan Nadal yang tidak pernah menang di padang rumput di London sejak 2010 merupakan antara pilihan untuk membawa pulang kejuaraan itu.
“Jika kami berdepan di antara satu sama lain, ini bermakna kami berdua berjaya melangkah ke perlawanan akhir, saya fikir kami berdua mendambakannya,” katanya.

“Ia satu perjalanan yang sangat jauh tetapi sudah tentu anda perlu melabelnya sebagai salah seorang pilihan utama biarpun dia tidak beraksi dalam tiga edisi terakhir (termasuk edisi 2020 yang dibatalkan).
“Tetapi dia tetap Nadal, dia telah melalui pencapaian hebat sepanjang kariernya dan juga tahun ini. Sudah tentu ia akan menjadi azimat keyakinan tingginya.
“Saya pasti akan ada banyak perlawanan hebat menanti kami berdua dan saya harap kami bertemu dalam perlawanan akhir kelak kerana saya memang ingin menentangnya di final.
"Saya mahu membalas dendam untuk kejohanan di Paris! "
Nadal menewaskan Djokovic dalam 11 daripada 18 pertemuan Grand Slam tetapi pemain Serbia itu memiliki kelebihan 2-1 dalam tiga aksi Wimbledon membabitkan mereka apabila memenangi perlawanan akhir edisi 2011 dan separuh akhir 2018.
Djokovic bakal memulakan kempen Wimbledon menentang Kwon Soon-woo malam ini sementara Nadal menentang pemain Argentina, Francisco Cerundolo, pada hari berikutnya.