RENANG
Kejohanan Renang Jarak Pendek Peringkat Kebangsaan: 18 rekod kebangsaan baru dilakar
18 rekod kebangsaan baru berjaya dilakar oleh barisan perenang negara dalam Kejohanan Renang Jarak Pendek Kebangsaan yang berlangsung 4 hingga 7 Julai lalu.
Ia merupakan penganjuran kejohanan jarak pendek peringkat kebangsaan kali pertama di Malaysia yang menjadi saksi 18 rekod kebangsaan dipecah, termasuk 12 rekod acara wanita dan enam acara lelaki.
Antara yang paling menarik tumpuan merupakan rekod kekal sejak 1999, acara 400 meter individu rampaian lelaki yang dipegang oleh Wan Aslan Wan Ali Abdullah.
Iklan
Pengarah Teknikal Malaysia Swimming, Megan Oesting, menyatakan keterujaannya tentang kejayaan acara itu, “Saya teruja dengan sejauh mana kami melangkah tahun ini. Semua orang sangat gembira untuk berenang di kolam renang jarak 25 meter. Beberapa rekod tersebut dipecahkan 3-4 kali dalam acara yang sama oleh orang yang berbeza.
"Saya tidak pernah melihat begitu banyak rekod dipecahkan; kami sangat berseronok. Ini adalah masa yang menarik untuk renang Malaysia, dan ini hanyalah permulaan.”
Must-Watch Video