Skip to main content

Berita Sukan Am

Sukan Para ASEAN: Malaysia sasar bergelar naib juara keseluruhan

aasa

Sesi penyelarasan dilaksanakan Majlis Sukan Negara (MSN) bersama Majlis Paralimpik Malaysia, Institut Sukan Negara (ISN) dan Persatuan Sukan Kebangsaan hari ini bagi memperkemaskan perancangan menjelang Sukan PARA ASEAN 2027 dengan Malaysia mengumumkan sasaran bergelar naib juara keseluruhan. 

Perbincangan memfokuskan penetapan sukan dan acara yang bakal disertai selain meneliti perkembangan semasa program persiapan atlet. 

Setakat ini, penilaian prestasi fasa pertama sehingga hujung tahun menunjukkan perkembangan positif menerusi peningkatan ranking serta pencapaian atlet di pelbagai kejohanan antarabangsa. 

Hasil penilaian menjadi asas dalam merangka pelan persiapan seterusnya termasuk proses akhir pemilihan atlet menjelang temasya sukan itu pada Oktober 2027. 

"Kami menyasarkan untuk menduduki tempat kedua, berdasarkan kepada atlet yang ada, masih ada pelbagai ruang untuk diperbaiki. 

"Semestinya Sukma Selangor pada September nanti menjadi medan pemilihan atlet para untuk dimasukkan ke program pelapis dan podium menjelang Sukan Para ASEAN nanti. 

"Kami mendapat peningkatan ketara, kutipan pingat juga tunjukkan peningkatan ketara. Kami sasar sebanyak 70 peratus atlet meraih podium pada 2026." kata Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Jefri Ngadirin, kepada wartawan Astro Arena, Ainul Abd Rouf.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video