Atlet wushu negara mendapat suntikan moral menjelang persiapan menghadapi Sukan SEA Filipina 2019, November depan apabila menggondol dua pingat emas dan dua perak dalam Kejohanan Masterships Dunia di Chungju, Korea Selatan, hari ini.
Dua butir emas negara dihadiahkan oleh alet wanita, Pang Pui Yee, dalam kategori jianshu dan Tan Cheong Min dalam kategori nandao.
Pui Yee merangkul pingat kedua dalam kejohanan tersebut selepas meraih pingat perak dalam acara changquan manakala satu lagi pingat perak dimenangi oleh atlet lelaki, Clement Ting Su, dalam kategori doashu.
Kejohanan selama seminggu bermula Khamis lalu itu turut menampilkan beberapa acara seni mempertahankan diri lain, termasuk taekwondo, judo, muay thai, pencak silat, aikido, ju-jitsu serta beberapa acara tradisi Korea Selatan seperti tong-il moo-do, yongmudo, Korean hapkido dan gusti Korea, ssireum.
-- BERNAMA