Selepas aksi pemanas badan dalam Kejohanan Kebangsaan, fokus gimnas negara, Farah Ann Abdul Hadi, beralih kepada Kejohanan Gimnastik Artistik Dunia di Jerman minggu depan yang turut menawarkan slot kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Atlet kelahiran Selangor itu mengakui terdapat beberapa aspek minimum yang perlu diperbaiki dalam Kejohanan Kebangsaan, Sabtu lalu, sebelum dia menyertai saingan di Jerman itu.
Kejohanan di Stuttgart itu turut menawarkan slot kelayakan ke Tokyo, namun ia kelihatan sukar apabila atlet negara itu perlu mengumpulkan sekurang-kurangnya 52 mata.
Bagaimanapun, Farah Ann percaya dengan latihan dan persiapan rapi, peluang sentiasa terbuka buat kesemua gimnas negara.
"Sebenarnya, kejohanan kelayakan itu ada dua, iaitu Kejohanan Dunia dan Kejohanan Asia tahun depan.
"Peluang lebih tinggi dalam Kejohanan Dunia kerana ia menawarkan 20 slot.
"Dalam Kejohanan Asia, hanya ada dua slot, jadi kami perlu buat yang terbaik (dalam Kejohanan Dunia) dan melihat ranking kami ketika di sana," katanya.
Dalam pada itu, jurulatih skuad negara, Ng Shu Wai, optimis barisan gimnasnya akan menghadiahkan kilauan pingat emas dalam Suka SEA Filipina, November depan.
"Adakalanya mereka mahu membuktikan yang terbaik dan adakalanya ia boleh menjadi yang terburuk.
"Kalau anda sentiasa mahu menunjukkan yang terbaik, ia bermakna anda telah meletakkan tekanan kepada diri sendiri.
"Saya harap mereka tidak seperti itu dan hanya melakukannya seperti biasa," katanya.