SUKAN LAIN
Kejohanan Bowling Kebangsaan Antara Negeri: Bo Long, Natasha muncul juara
Kang Bo Long dan Natasha Roslan merangkul kejuaraan dalam Kejohanan Bowling Kebangsaan Antara Negeri Ke-41 selepas cemerlang mengatasi lawan masing-masing dalam final, hari ini.
Aksi final step ladder kategori lelaki di Sunway Megalanes itu menyaksikan Bo Long diberikan saingan sengit lawannya, Jonathan Chan.
Jonathan mendahului dengan tiga balingan pertama sebelum Bo Long mengemaskan permainannya dengan tiga strike berturut-turut untuk memintas Jonathan dengan catatan 115 dalam balingan keenam.
Iklan
Jonathan cuba melakukan kebangkitan tetapi jurang mata antara mereka berdua terlalu jauh untuk dikejar, sekaligus menyaksikan Bo Long muncul juara dengan catatan 172 pin.
Dalam saingan wanita pula, juara bertahan, Natasha Roslan, cemerlang mengatasi lawannya, Nur Amirah Azman.
Kedua-dua atlet bowling tersebut bersaing rapat, dengan Nur Amirah mendahului dua balingan pertama.
Saingan berlanjutan sengit di antara Natasha dan Nur Amirah sehingga balingan kesembilan.
Natasha memberikan aksi terbaik dengan melakukan balingan sempurna pada kemuncak perlawanan untuk memenangi saingan ini dan bergelar juara edisi 2017.
Must-Watch Video