Pemain boling tenpin sensasi negara, Nerosha Keligit, menganggap penghijrahan dirinya memeluk islam membantunya untuk lebih bersabar ketika memperagakan aksi pada setiap kejohanan disertai.
Di Kejohanan Kebangsaan kali ini, dia menanam azam untuk mengisi kelompok tiga terbaik sebelum meneruskan aksi pada tahun hadapan di Kejohanan Asian Indoor Games di Thailand.
"Saya kini lebih banyak bersabar selepas berhijrah ke Islam. Banyak lagi perlu saya belajar dan ia telah membantu saya dalam karier sebagai atlet boling," kata Nerosha menerusi Nadi Arena.
Sementara itu, Tun Ameerul Luqman pula menyasarkan podium pada kejohanan kali ini.
Biarpun transisi yang agak berliku terpaksa dihadapinya kerana pertukaran lorong pada setiap balingan, namun dia tetap menganggap ianya sesuatu yang positif.