Skip to main content

Sukan Lain

Kejohanan Bola Tampar Pantai Siri Jelajah Dunia 2017: Dicello-Stockman muncul juara

stockman-dicello.jpg
Pasangan Amerika Syarikat, Kimberly Dicello-Emily Stockman muncul juara siri keempat Kejohanan Bola Tampar Pantai Siri Jelajah Dunia 2017 selepas menyingkirkan gandingan Republik Czech, Sarka Nakladalova-Martina Bonnerova, 2-1 di Langkawi, hari ini.

Pasangan AS ini mula mempamer dominasi sebaik saingan bermula dengan berjaya menepis siri serangan lawan mereka untuk memastikan set pertama milik mereka, 22-20.

Namun, set kedua tidak memihak mereka.

Bonnerova dan Nakladalova bangkit menggugat momentum permainan gandingan AS ini untuk menyamakan kedudukan, sekaligus mengheret permainan ke set penentuan hasil kemenangan 24-22.

Dalam set penentuan, malangnya pasangan Republik Czech ini hilang fokus dan kesempatan ini dimanfaatkan Stockman dan Dicello untuk menebus kecewa dalam tiga siri jelajah sebelum ini dengan kemenangan 17-15.

Advertisement

Must Watch Video