Skip to main content

Sukan Lain

KBS sambut baik hasrat Selangor

komanwel.jpg
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyambut baik aspirasi Selangor untuk menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026 tetapi perlu menunggu lampu hijau daripada pihak kerajaan.

Perincian tertentu diperlukan walaupun Selangor memiliki cita-cita dan kemampuan untuk menjadi tuan rumah sebuah temasya besar seperti Komanwel.

Sebarang usaha untuk membida hak penganjuran temasya memerlukan sokongan daripada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) sebelum diusulkan kepada kerajaan pusat.

Kos perbelanjaan besar di samping keupayaan prasarana tersedia menjadi cabaran untuk bergelar penganjur temasya itu selepas kali terakhir memainkan peranan sebagai tuan rumah ketika edisi 1998.

"Kami sentiasa mengalu-alukan semua cadangan bertujuan untuk membangunkan sukan negara tetapi perlu melihat kepada pelbagai aspek seperti kemampuan dan infrastruktur. Ia bukan keputusan satu pihak atau unilateral," kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim.

Advertisement

Must Watch Video