Skip to main content

Sukan Lain

Karnival Ragbi Johor platform promosi sukan dalam komuniti tempatan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

johor-ragbi.jpg
Menjelang Kejohanan Ragbi Asia B18 7s yang bakal membuka tirainya bermula 27 September di Stadium Ragbi Johor, Mount Austin.

Presiden Kesatuan Ragbi Johor, Datuk Mohd Noorazam Osman, melihat karnival tersebut sebagai platform untuk mempromosikan sukan ragbi dalam komuniti tempatan di negeri Johor.

"Sembilan pasukan lelaki akan turut serta dan enam pasukan kategori wanita. Antara negara yg akan turut serta Singapura, Sri Lanka, Thailand, India, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Hong Kong dan Chinese Taipei bg kategori lelaki selain pasukan malaysia. 

"Selain pasukan perempuan Singapura, Thailand, UAE, Hong Kong India dan malaysia akan diadakan minggu ini dan minggu depan akan diadakan Karnival Ragbi Johor yg melibatkan 104 pasukan kategori bawah 11, bawah 14, bawah 16.

Lebih menarik, kursus kejurulatihan dan pengadilan sukan ragbi diadakan  bertujuan untuk memberi pendedahan kepada 1000 pelajar dari seluruh negeri Johor.

Sementara itu, Presiden Ragbi Malaysia, Amir Amri Mohamad, optimis dengan kemampuan jentera pasukan bawah 18 tahun yang sedang dipersiapkan dalam misi membawa kejuaraan buat skuad negara.

Sebagai rekod, skuad kebangsaan remaja berjaya merangkul gelaran juara Kejohanan Ragbi Asia B18 tahun sebanyak dua kali, namun kandas di tempat keempat pada edisi yang berlangsung di Taiwan.

"Seperti mana yang kita sedia maklum bahawa kuasa Asia ragbi daripada Hong Kong, kita dapat kelebihan sebagai tuan rumah pada tahun ni dan kita Team Malaysia akan memberi cabaran yang terbaiklah dalam kejohanan pada kali ini."

Advertisement

Must Watch Video