OLAHRAGA
Karim lahir keyakinan Nauraj mampu ke final Kejohanan Dunia
Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Karim Ibrahim, menganggap kejayaan Nauraj Singh adalah luar biasa apabila muncul atlet pertama Malaysia yang layak ke Kejohanan Dunia Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF) secara merit.
Nauraj memperbaharui rekod kebangsaan miliknya sendiri dalam Kejohanan Olahraga Terbuka Singapura dengan lompatan 2.30 meter untuk menggondol pingat emas.
Karim tidak menolak hasil latihan di luar negara bersama jurulatihnya, Alex Stewart, membuahkan hasil yang begitu membanggakan dengan lompatan 2.30m itu.
Iklan
Dia percaya pemenang pingat emas Sukan SEA Singapura 2015 itu mampu melakar sejarah untuk sekurang-kurangnya melangkah ke final Kejohanan Dunia yang bakal berlangsung di London, Ogos depan.
Hasil kejayaan di Singapura itu, KOM bakal memberikan ganjaran sebanyak RM5,000 kepada Nauraj.
"Dia mampu muncul atlet trek dan padang kebangsaan pertama yang melangkal ke final Kejohanan Dunia.
"Pencapaian terbaik kita sebelum ini adalah menerusi Mani Jegathesan dan Ishtiaq Mubarak yang pernah bertanding di peringkat separuh akhir Sukan Olimpik," katanya.
Must-Watch Video