Dengan berbaki hanya 60 hari lagi ke Sukan SEA Filipina, Persatuan Kanu Malaysia (MASCA) menerima tamparan hebat apabila ketua pasukan lumba bot tradisonal (TBR), Adam Aris, menarik diri daripada menyertai temasya itu.
Adam yang turut dipilih mewakili negara dalam acara kayak (MK1 1,000 meter) mengumumkan keputusan mengejut itu dalam sidang media Team Malaysia di Majlis Sukan Negara (MSN), hari ini.
Atlet berusia 27 tahun itu berkata dia terpaksa mengambil keputusan tersebut selepas tawar hati dengan kemelut dalam MASCA melibatkan perbezaan pendapat di antara presiden, Datuk Seri Megat D. Shahriman Zaharudin, dan exco dalam penyenaraian atlet dan pengurus pasukan ke Sukan SEA.
“Saya sendiri yang dah koyak mental dan fizikal, nak tarik diri daripada kedua-dua acara TBR dan kayak sebab masalah ini terlalu rumit. Dengan hanya beberapa hari menjelang Sukan SEA dan lepas ini tak tahu timbul masalah apa lagi.
“Saya hanya tarik diri daripada pasukan ke Sukan SEA tetapi akan teruskan persiapan untuk temasya lain kalau ada peluang. Saya akan teruskan persiapan untuk Kejohanan Kanu Asia (ACC), Mac depan,” katanya.
Menurut Adam, lebih ramai rakan sepasukan dijangka mengikut jejak langkahnya sekiranya Majlis Olimpik Malaysia (MOM) yang sehingga kini belum memutuskan senarai pegawai memilih pengurus pasukan yang dihantar oleh Megat Shahriman.
Adam mendakwa atlet yang dipilih oleh exco merupakan senarai yang dimuktamadkan selepas beberapa sesi pemilihan yang diadakan mengikut prosedur yang sah, tetapi keputusan Megat Shahriman telah menyebabkan segala persiapan dan perancangan pasukan itu terbantut.
“Perancangan kami adalah untuk mengadakan latihan di China dan membawa bekas jurulatih kebangsaan negara itu untuk melatih kami. Itu merupakan perancangan yang dibuat sejak enam bulan lalu oleh kami.
“Menerusi perancangan itu, kami memang ada janjikan pingat untuk negara tetapi dengan kemelut ini, semuanya tergantung sekarang. Situasi terlalu rumit, keadaan terikat dan nampaknya harapan ke podium semakin tipis,” katanya.
Sementara itu, seorang lagi ahli pasukan TBR, Leong Wai Lun, berharap MOM membantu menyelesaikan kemelut itu dengan segera supaya dia dan rakan sepasukannya dapat meneruskan persiapan mereka walaupun agak terlewat.
“Kami sudah lama menunggu pengurus pasukan mana yang bakal disenaraikan oleh MOM. Kalau pengurus pasukan yang dipilih itu bukan dari senarai asal (senarai dari exco), memang sukar untuk kami meneruskan persiapan seperti dirancang.
“Ketiadaan Adam memang kerugian besar kepada pasukan, bagaimanapun kami ada 31 lagi atlet yang akan berusaha untuk mencapai matlamat kami,” katanya.
-- BERNAMA