Skip to main content

Sukan Lain

Jurulatih tenis negara pasang hajat layak Kejohanan Pickleball Dunia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

asri-merzuki-tenis.jpg
Bekas pemain tenis kebangsaan negara, Mmohd Assri Merzuki, tidak mahu ketinggalan berada dalam kelompok tertinggi pickleball negara, DUPR 5.0.

Tidak hairan Assri bertungkus-lumus mencari ruang bersaing dalam kategori 19 tahun ke atas terbuka dengan sasaran mengumpul mata terbaik, sekali gus memastikan namanya sebaris dengan pemain pickleball profesional negara seperti Syed Uzair Sufi mahupun Collin Wong.

"Sebenarnya sejak tahun lalu lagi saya sudah menyertai beberapa kejohanan sebelum berehat sebentar untuk memberi fokus tugasan sebagai jurulatih tenis. 

"Sekarang kami kembali beraksi dan saya sedang menggilap semula sentuhan dan naikkan rating ke tahap DUPR 5.0," katanya. 




Kejohanan Pickleball Dunia bakal menjadi platform terbaik untuk menyempurnakan hasrat kedua pemain kebangsaan ini, selain turut membuka ruang buat peserta yang lain muncuba nasib.

"Kami ke mari untuk berseronok dan tidak meletakkan sasaran tinggi," kata salah seorang pemain kategori 19 tahun ke atas, Ritchee Lee.

Gandingannya, Irshad Mustafa, pula berkata: "Saya berpuas hati dengan mutu permainan kami dan berharap ia terus meningkat," katanya. 

 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video