Serena Williams sedang menantikan kelahiran cahaya matanya.
Jaguh tenis wanita paling berjaya itu memuat naik gambar dirinya dalam media sosial, Snapchat, dengan kapsyen, "20 minggu".
Williams memadamkan entri berkenaan tidak lama kemudian, namun jurucakapnya mengesahkan mengenai kehamilannya beberapa jam selepas itu.
Williams, 35, dijangka melahirkan bayinya pada musim luruh nanti, menurut pegawai serantanya, Kelly Bush Novak.
Pada Disember lalu, Williams mengumumkan pertunangannya dengan pengasas bersama Reddit, Alexis Ohanian.
Bagaimanapun, belum ada sebarang pengumuman mengenai perkahwinan mereka.
Dengan kandungannya sudah berusia 20 minggu, ini bermakna Williams sudah pun mengandung ketika dia memenangi Terbuka Australia, Januari lalu.
Kejayaan itu merupakan kejuaraan Grand Slam perseorangan ke-23 buatnya dan dengan perkembangan terkini, dia hampir pasti akan berehat bagi baki musim ini, di mana dia akan menyambut hari jadinya yang ke-36, Disember depan.
Baru-baru ini, dia menarik diri daripada kejohanan Jelajah WTA di Indian Wells dan Miami berikutan kecederaan lutut.