Bagi Josiah, apa yang berlaku di Kota Paris berpotensi untuk menghantui Azizul seumur hidupnya.
"Status legenda perlu diberikan kepada semua yang mempunyai status 'Datuk' dalam sukan seperti Azizul, Datuk Nicole dan Datuk Lee Chong Wei. Mereka adalah legenda.
No amount of regret will change the past.
— Azizulhasni Awang (@AzizulAWANG) August 13, 2024
No amount of anxiety will change the future.
But any amount of gratitude will change the present.#demilencanadidada#WeAreOneWithAzizul #demimalaysia #TeamAzizul #azizulawang pic.twitter.com/nGNT6KbejG
"Saya bukan legenda, saya hanya atlet yang bagus untuk Malaysia, itu sahaja. Tetapi legenda hanya bertiga (mereka),"
Josiah bagaimanapun tetap memahami keinginan Azizul untuk menamatkan kariernya dalam masa terdekat.
Keputusan itu baginya tidak akan menyangkal status The Pocket Rocketman sebagai legenda sebenar yang perlu diangkat dan dipandang tinggi dalam arena sukan negara seiring dengan nama-nama besar lain seperti Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol Ann David.
"Dia boleh berehat, tetapi dari aspek mental dia akan sentiasa terfikir. Jika saya ia seperti kerugian. Kejohanan lain semua menang pingat, tetapi apa yang hilang adalah pingat olimpik. Bagi Azizul adalah pingat emas." Katanya kepada wartawan Nadi Arena, Kamal Nizam.