Juara keseluruhan acara 100 meter pecut Super Series Cahya Mata Sarawak 2024, Jonathan Nyepa, mengakui kemungkinan kembalinya bekas jurulatih pecut negara, Poad Kassim ke kem kebangsaan akan menjadi satu kelebihan besar buat atlet pecut negara.
Menurut Jonathan, Poad mempunyai pengalaman luas serta pendekatan latihan tersendiri yang terbukti berjaya melahirkan ramai pelari elit negara sebelum ini.
Namun begitu, beliau turut menegaskan bahawa sekiranya khabar angin itu tidak menjadi kenyataan, atlet harus kekal profesional dan bersedia menyesuaikan diri dengan program latihan baharu yang ditetapkan.
“Jika dia kembali, ia satu kelebihan sebab buat masa ini kita pun tiada lagi jurulatih pecut.
“Sekarang yang jaga pun pengarah kejurulatihan kita, jadi ianya adalah satu kelebihan.
“Tapi kalau tidak jadi, kita kena terus ikut dan adaptasi dengan program baharu yang telah dirancang yang telah diaturkan oleh pihak pengurusan,” ujar Jonathan.
"Untuk saya, saya memang serahkan kepada pihak pengurusan 100%, jadi biar mereka tentukan apa yang terbaik untuk atlet.
“Kita sebagai atlet hanya perlu bagitahu apa sahaja yang kita perlukan dan mereka wajar pertimbangkan apa keperluan atlet.
Desas-desus mengenai kembalinya Poad semakin kuat apabila terdapat laporan bahawa beberapa atlet enggan mengikuti program di bawah kendalian Pengarah Teknikal Olahraga Malaysia, Robert Ballard. Situasi ini mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan peminat olahraga negara.
Poad sebelum ini dikenali sebagai individu penting dalam pembangunan atlet pecut seperti Khairul Hafiz Jantan. Sekiranya beliau kembali, ia bukan sahaja memberi motivasi kepada atlet sedia ada, malah berpotensi memperkukuh kembali struktur kejurulatihan kebangsaan dalam acara pecut.