Kategori endurance roundabout terbuka menjadi harapan terakhir buat skuad jet ski negara agar tidak pulang hampa dalam Sukan Asia Jakarta-Palembang.
Kekecewaan gagal meraih pingat dalam saingan roundabout 1100 stock serta roundabout limited menyaksikan skuad jet ski negara menyandarkan harapan kepada Saifullah Al Aziz Nazar dalam kategori endurance roundabout terbuka.
Perlumbaan pertama menyaksikan Saifullah menamatkan saingan di tangga ketujuh dengan mengumpul 344 mata di Akademi Jet Ski Indonesia, Ancol, hari ini.
Catatan itu belum menutup peluangnya untuk memburu kedudukan podium dengan satu lagi perlumbaan menanti esok dan dia perlu cuba berada dalam kedudukan tiga terbaik.
Pengurus skuad jet ski negara, Nazar Omar, percaya dengan keupayaan Saifullah bagi mencapai sasaran berkenaan dengan memberitahu: "Saifullah masih boleh berlumba, saya tidak mahu menidakkan peluangnya.
"Semangatnya dah ada sungguhpun bergelut tadi tetapi semangat dia tidak jatuh."
Dalam pada itu, Nazar mengakui strategi hanya membawa enjin ke Indonesia tidak memberikan keputusan yang diharapkan.
Situasi itu mengakibatkan skuad negara perlu menyewa kelengkapan perlumbaan yang lain dan memerlukan masa yang lebih lama buat pelumba negara untuk menyesuaikan diri.
"Pada masa hadapan, kami memerlukan mesin yang lebih bagus.
"Oleh kerana kami hanya membawa mesin dan jet skinya pula disewa, ia membuatkan atlet kita tidak dapat memenuhi apa yang dimahukan," katanya lagi.