Pasangan suami isteri dari Australia berjaya menggungguli kategori profesional lelaki dan wanita pada Kejohanan Asia Pasifik Ironman 70.3 yang berlangsung hari ini.
Josh Amberger, 34, dan isterinya, Ashleigh Gentle, 32, yang berkahwin tahun lalu, turut berjaya layak ke Kejohanan Dunia di Taupo, New Zealand, Disember tahun depan.
Cabaran sukan ekstrem Iroman 70.3 itu yang julung kali diadakan di negara ini menyaksikan Amberger, berjaya mengharungi cabaran tiga disiplin perlumbaan iaitu berenang sejauh 1.9 kilometer (km), berbasikal 90km dan larian sejauh 21.1km dengan masa tiga jam 50 minit 47 saat.
Dua lagi atlet profesional lelaki dari Australia, Mike Philips berjaya menamatkan saingan di tempat kedua dengan catatan masa (3:52:23s) manakala Kurt McDonald di tempat ketiga dengan catatan masa (3:54:33s).