Jaguh lompat tinggi negara, Lee Hup Wei, tidak menyasarkan untuk memecah rekod kebangsaan milik rakannya, Nauraj Singh, dalam Terbuka Singapura minggu hadapan, sebaliknya hanya ingin kekal konsisten bagi mendapatkan rentak terbaik sepanjang kejohanan.
Terbuka Singapura yang bakal bermula pada 27 April ini adalah kejohanan pertama Hup Wei selepas pulang daripada program latihan dan kejohanan selama dua bulan di Australia.
Selepas menjuarai Terbuka Australia dengan ketinggian 2.24 meter, dia tidak menolak ingin terus mengungguli acara itu di Singapura pula tetapi tidak meletak sasaran untuk memecahkan rekod kebangsaan 2.29 meter milik Nauraj.
Ini kerana pemenang pingat emas Sukan SEA 2011 ini menyifatkan saingan di Singapura adalah untuk memperbaiki prestasi dirinya melebihi pencapaian sewaktu di Australia.
"Saya sekarang menyasarkan untuk membuat catatan terbaik saya. Saya mahu memperbaiki teknik saya dan melakukan lebih baik berbanding di Australia," jelas Hup Wei.
Selepas berakhir kejohanan, Hup Wei akan meneruskan sesi latihan di Malaysia dan dia tidak pasti akan ke luar negara sebagai persiapan akhir menghadapi Sukan SEA, Ogos depan.
"Saya kurang beraksi, dan Terbuka Singapura ini bakal menjadi kejohanan keempat saya tahun ini. Jadi, saya memerlukan sekurang-kurangnya tiga hingga empat kejohanan untuk meningkatkan pencapaian," tambahnya.