Skip to main content

Sukan Lain

Hoki Piala Negara-Negara: Jepun tiga kali ganda lebih 'fit' dari kita -- Sarjit Singh

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

malaysia-hoki.jpg
Itu rumusan Ketua jurulatih skuad negara, Sarjit Singh, merujuk kepada kempen antiklimaks skuad hoki negara yang terpaksa akur gagal layak ke separuh akhir Piala Negara-Negara 2025 seperti yang disasarkan.

Faktor kecergasan jadi agenda utama Sarjit susulan dibolosi saat akhir ketika raih kemenangan tipis 2-1 kepada Jepun, jaringan yang menghadiahkan Pakistan slot ke separuh akhir menerusi kelebihan jaringan selepas Malaysia dan Pakistan terikat empat mata dalam Kumpulan B.

"Kecergasan pemain perlu lebih baik. Ia bagus, tetapi tidak cukup bagus. Pasukan seperti Korea Selatan, Jepun dan China bukan hanya pasukan yang kuat; tahap kecergasan mereka kira-kira tiga kali lebih tinggi daripada kami," katanya.

"Jika kami dapat menandinginya, saya tahu pasukan kami akan menuju ke arah yang betul. Seperti yang saya katakan sebelum ini, kami memerlukan pengalaman itu. Ia sangat penting. Semakin banyak perlawanan yang diperoleh pemain ini, semakin baik mereka akan menjadi," katanya.

The Speedy Tigers bagaikan hidup kembali dalam kempen edisi kali ini susulan Pakistan tewas kepada New Zealand 3-4 pada aksi terdahulu.

Senario itu menyaksikan kem negara memerlukan kemenangan menerusi dua perbezaan jaringan sekurang-kurangnya.

Dan misi hidup mati itu tampak berada di landasan tepat apabila Norsyafiq Sumantri dan Azrai Aizad Abu Kamal meletakkan skuad negara di hadapan sebelum rehat.

Pada ketika kem negara bertahan kelebihan, kealpaan pertahanan bijak dieskploitasi Koji Yamasaki empat minit sebelum tamat permainan sekaligus meranapkan impian kem negara.

Selain faktor kecergasan, jurang pengalaman pemain muda meningkat naik dan senior negara masih menebal dan ianya mendatangkan kesukaran buat skuad negara mengekalkan konsistensi di setiap suku.

Pada ketika pemain senior dikeluarkan dan digantikan dengan pemain muda dengan sistem penggiliran, jurang kualiti itu menjadi pemisah kemenangan dan kekalahan buat skuad negara.

Meskipun skuad hoki negara gagal mengambil peluang kedua untuk ke separuh akhir Piala Negara-Negara namun, maruah dan prestij diperjuangkan bagi menamatkan saingan di kedudukan kelima terbaik.

Pusingan cross over menyaksikan The Speedy Tigers bertemu Afrika Selatan yang merupakan juara edisi pertama Piala Negara-Negara pada 2022.

Afrika Selatan bukan hanya menghuni ranking lebih baik berbanding skuad negara memiliki ejen perisik kem negara menjelang pertebungan getir esok.

Kapten Afrika Selatan, Samkelo Mvimbi, cukup mengenali deretan pemain negara selepas memperkuat Terengganu Hockey Team (THT) dalam saingan Liga Hoki Malaysia Februari lalu.

Samkelo turut menjadi sebahagian tunjang utama kekuatan tengah THT meraih kejuaraan treble dan menidakkan hasrat Tenaga Nasional Berhad yang dibarisi pemain negara.

Tonggak paling berpenggalaman dan kapten skuad negara, Marhan Jalil mengakui kem negara masih terkesan dengan kekalahan kepada New Zealand meskipun mencatat kemenangan pertama menunddukan Jepun, namun ianya tidak bermakna selepas dibolosi di penghujung permainan.

Tiada kata yang boleh menggambarkan senario yang terpaksa dilalui pemain negara hanya masa dan perlawanan kompetitif mampu jadi pengajaran terbaik buat majoriti pemain muda negara.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video