Skip to main content

Hoki

Hoki Piala Asia: Cabaran pemain untuk kekal konsisten -- Kapten The Speedy Tigers

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

,marhan.jpg
Kapten The Speedy Tigers, Marhan Jalil, mengakui masalah terbesar pasukan ketika ini adalah mengekalkan konsistensi di babak terakhir permainan.

Itu menjadi fokus utama dia dan rakan seperjuangan untuk memperbaiki segala kelemahan yang ada sekali gus 'memancing' keputusan lebih baik di Piala Asia.

"Buat masa ini cabaran bagi pemain adalah bagaimana mahu kekal konsisten dari minit pertama hingga tamat, dan di Piala Negara-Negara kita dapat lihat kita mudah hilang fokus dalam suku ketiga dan keempat.

"Sekarang ada beberapa bulan untuk beri fokus untuk menang perlawanan," katanya.

Sementara itu, Marhan tidak mahu menjadikan prestasi di Kejohanan Piala Negara-Negara lalu sebagai penanda aras kepada kebolehan pasukannya.

"Bagi saya, saya yakin dengan semua pemain jika mereka bermain dengan baik dan konsisten maka akan dapat keputusan yang baik. India berada di tahap lain dan berlawan dengan pasukan besar.

"Jadi kita lebih beri fokus selain ada perancangan cara untuk berdepan dengan mereka nanti." tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video