Skip to main content

Olimpik

Hoki: Peluang sembilan pemain tertutup

roelant-oltmans.jpg
Peluang buat sembilan pemain hoki kebangsaan untuk beraksi dalam pusingan kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 bulan depan tertutup selepas digugurkan oleh ketua jurulatih, Roelant Oltmans.

Hanya 21 daripada 30 pemain kembali menyertai kem latihan pusat selepas menamatkan Kejohanan Ujian Sukan Olimpik 2020 di Jepun bulan lalu.

Bagaimanapun, Oltmans akan mengetepikan seorang lagi pemain sebelum memulakan latihan dan aksi persahabatan di Korea Selatan bermula 19 September ini.

"Kami akan mula berlatih dengan kumpulan pemain yang lebih kecil.

"Daripada 21 pemain, 20 daripada mereka akan menyertai kami ke Korea (Selatan).

"18 pemain untuk pusingan kelayakan akan dipilih daripada kelompok 20 pemain itu," katanya.

Ia merupakan langkah tepat bagi menyahut cabaran Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) yang mahu skuad negara mempertaruhkan pemain terbaik di Korea Selatan selepas mencatatkan keputusan hambar di Jepun.

Dalam pada itu, Oltmans akan menentukan persiapan berikutnya sebagai misi mengukuhkan skuad negara selepas undian pusingan kelayakan itu dikeluarkan oleh Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH), Isnin depan.

"Terdapat empat pasukan dan salah satu daripadanya akan menjadi lawan kami, saya tidak peduli (siapa lawan).

"Saya tiada pengaruh tentang perkara itu, kami bukan pasukan pilihan dan kami akan bermain dalam situasi berbeza.

"Jadi, semua perkara itu perlu dipertimbangkan dan kami perlu mempersiapkan diri sebaik mungkin," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video