Skip to main content

Sukan Lain

Hasrat KOM panggil semula Harun timbul persoalan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

harun.jpg
Cadangan melantik semula bekas ketua jurulatih olahraga negara, Harun Rasheed, oleh presiden baru Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk SM Muthu, menerima reaksi positif atlet kebangsaan walaupun usaha itu itu bakal mencetuskan isu kerana dia masih menjalani penggantungan ekoran kes doping.

Usaha untuk melakukan perubahan, termasuk mengubah barisan kejurulatihan, disambut oleh atlet kebangsaan.

Atlet negara, Nixson Kennedy, serta dua lagi nama yang tidak berada dalam program kebangsaan, Siti Fatimah Mohamad dan S. Komalam, berharap perubahan jurulatih, terutama bagi acara pecut, dilakukan bagi membawa sinar baru dalam setiap latihan dan kejohanan.

Antara nama yang dikaitkan ketika ini adalah Harun tetapi timbul isu kerana dia masih menjalani penggantungan selama 10 tahun dan hanya akan tamat pada 2021 susulan pembabitan dalam kes doping.

Ikut butiran lanjut dalam Nadi Arena jam 7.30 malam ini.

Advertisement

Must Watch Video