Skip to main content

Permotoran

Hamilton terpantas di Shanghai

lewis-hamilton.jpg
Lewis Hamilton memecah rekod pusingan di Shanghai untuk menduduki petak pertama di hadapan Sebastian Vettel dalam aksi kelayakan GP China, hari ini.

Senario itu sedikit-sebanyak mampu mengubat kekecewaan bulan lalu apabila pemandu Mercedes itu sekadar menduduki tempat kedua di belakang Vettel di GP Australia.

Hamilton, yang kecewa dengan strategi hentian pit di Melbourne, mencatat masa 1 minit 31.678 saat untuk memperbaharui rekod terpantas dicatat Kimi Raikkonen ketika sesi kelayakan kedua.

Bagaimanapun, Vettel bakal memulakan perlumbaan di belakang Hamilton selepas juara dunia empat kali Formula 1 itu berjaya mengatasi masa Valtteri Bottas di hujung sesi kelayakan ketiga.

Vettel hanya 0.186 saat lebih perlahan berbanding Hamilton, yang akan menyasarkan kejayaan kelima di China selepas meraih petak pertama buat kali keenam berturut-turut.

Sementara itu, Raikkonen telah pun memperbaharui rekod 1:32.23 milik legenda, Michael Schumacher, yang dilakarnya pada 2004, dalam sesi kelayakan kedua.

Bagaimanapun, Hamilton lebih pantas untuk meraih kedudukan pertama ke-62 dalam kariernya dalam Formula 1, hanya ketinggalan dua di belakang Ayrton Senna.

Keputusan ujian kelayakan:

1. Lewis Hamilton (Mercedes): 1:31.678s


2. Sebastian Vettel (Ferrari): 1:31.864s


3. Valtteri Bottas (Mercedes): 1:31.865s


4. Kimi Raikkonen (Ferrari): 1:32.140s


5. Daniel Ricciardo  (Red Bull): 1:33.033s


6. Felipe Massa (Williams): 1:33.507s


7. Nico Hulkenburg (Renault): 1:33.580s

8. Sergio Perez (Force India): 1:33.706s


9. Daniil Kvyat (Toro Rosso): 1:33.719s


10. Lance Stroll (Williams): 1:34.220

Advertisement

Must Watch Video