F1
Hamilton cabar Vettel berlumba secara 'gentleman'
Lewis Hamilton terus berharap untuk berentap dengan pencabar dari Ferrari, Sebastian Vettel, musim ini.
Kedua-dua juara itu mendominasi kejayaan Formula Satu (F1) sejak tujuh tahun yang lalu.
Bagaimanapun, musim 2017 tampak sudah bersedia untuk menguji pasangan itu -- dengan tujuh gelaran Pemandu Terbaik Dunia di antara mereka -- Ferrari dilihat sudah siap-sedia untuk berentap dengan Mercedes, buktinya menerusi kemenangan Vettel di Grand Prix (GP) Australia.
Iklan
Kejayaan pemandu Jerman itu hadir dengan strategi apabila hentian pit awal oleh Hamilton memakan diri dirinya apabila memberi Vettel menggunakan peluang berkenaan untuk menjarakkan diri.
"Ketika dia keluar dari hentian pit, bagi saya ia menarik," ujar Hamilton kepada pemberita.
"Saya telah terperangkap di belakang sebuah kereta (Max Verstappen dari pasukan Red Bull) tetapi ia menarik melihat perlumbaan itu begitu sengit.
"Saya berharap berada di landasan yang betul tetapi kadang-kala ia tidak menjadi... mudah-mudahan ia akan menjadi dalam beberapa perlumbaan tahun ini."
GP China dijangka memihak Mercedes minggu ini.
Dengan perlumbaan Bahrain juga semakin hampir, Hamilton terkenangkan persaingan lewat dengan bekas rakan sepasukan, Nico Rosberg, sebagai perlumbaan yang didambakannya.
Tambahnya: "Persaingan kegemaran saya adalah seperti perlumbaan go-kart, ia merupakan bentuk perlumbaan terbaik kerana persaingan sengit sepanjang perlumbaan, dari awal hingga ke akhir.
"Itulah yang saya mahukan, saya rindukan perlumbaan seperti itu.
"Kami mengharungi perlumbaan yang menakjubkan pada tahun 2014 dengan Nico di Bahrain, saya menanti hari seperti itu datang lagi. Dan saya berharap ia berlaku di antara saya dan Sebastian.
"Dia adalah juara dunia empat kali, salah seorang yang terbaik dalam generasi kita. Saya berasakan peminat teruja untuk menyaksikannya.
"Saya hanya berharap sepanjang tahun ini bukanlah satu musim strategi, saya mahu melakukan beberapa perkara di landasan yang betul. Itulah yang mengujakan saya. Itulah yang mendorong saya."
Must-Watch Video