Bekas pemain sepak takraw negara, Hafizie Manap, meminta Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) menimbangkan semula keputusan meminggirkan bekas tekong, Mohd Syahir Rosdi dan Zulkifli Abd Razak, daripada menyertai Sukan SEA Filipina kerana bakal menjejaskan harapan mempertahankan pingat emas.
PSM masih mempunyai masa untuk mengubah keputusan itu dengan tarikh akhir menghantar senarai pemain kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) ialah 15 Ogos ini.
Biarpun kedua-dua pemain itu perlu menghadap Jawatankuasa Tatatertib PSM yang dijadualkan minggu depan, badan induk itu diharap memberi kelonggaran untuk menyelitkan nama dua tekong itu dengan harapan boleh beraksi di Filipina.
"Malaysia masih lagi memiliki masa untuk membuat senarai akhir skuad yang bakal beraksi di Manila. Kehadiran Syahir dan Zulkifli sangat penting dan mampu menyerlah," kata Hafizie.
Biarpun mereka menyuarakan hasrat untuk bersara daripada mewakili negara, PSM juga tidak seharusnya menggantung mereka daripada sebarang kejohanan tempatan sementara menanti keptusan jawatankuasa berkenaan.
Ia dilihat menjejaskan periuk nasi mereka setelah terlepas beraksi dalam Kejohanan Sepak Takraw Majlis Kebajikan dan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (MKSAK), Piala Emas Khir Johari dan akan datang, saingan Liga Sepak Takraw (STL).
"Malaysia masih kekurangan pemain berpotensi. Malaysia masih lagi berusaha dalam menggilap barisan pemain yang berkualiti dan kehadiran mereka dalam skuad sangat penting," katanya.