Kesemua pelumba Malaysia berjaya menamatkan perlumbaan kategori masing-masing dengan Hafiz Shahrin Abdullah meraih mata sementara Marc Marquez unggul dalam saingan utama pada pusingan ketiga saingan MotoGP di Austin, Amerika Syarikat (AS), pagi tadi.
Marquez, yang gagal dalam dua perlumbaan sebelum ini tampil garang dengan menguasai sesi kelayakan dan perlumbaan sebenar.
Dia -- merebut petak pertama buat kali pertama -- mendominasi perlumbaan sejak awal dengan meninggalkan dua pelumba Yamaha, Maverick Vinales, yang bermula pada petak kedua dan Valentino Rossi.
Pendahuluan Marquez lebih selesa apabila Vinales terjatuh ketika perlumbaan berbaki 20 pusingan tetapi kembali dihimpit Rossi yang semakin mendekati.
Akhirnya pelumba Sepanyol itu berjaya melintasi garisan penamat selaku juara pusingan ketiga meninggalkan Rossi di tempat kedua manakala Dani Pedrosa ketiga.
Bagaimanapun, Rossi merampas kedudukan teratas saingan MotoGP dengan 56 mata selepas ia dibantu dengan kegagalan Vinales menamatkan perlumbaan di Amerika Syarikat. Marquez pula naik ke tangga ketiga dengan 38 mata.
Sementara itu, Hafizh Syahrin Abdullah, meraih lima mata apabila menamatkan saingan perlumbaan Moto2 di tangga ke-11.
Dia yang bermula di petak ke-19 memperagakan tunggangan bertenaga untuk memintas pelumba di depannya.
Sementara itu, seorang lagi pelumba negara, Khairul Idham Pawi, sekali lagi tampil penuh kecewa apabila hanya menamatkan saingan di tangga terakhir.
Perlumbaan Moto2 dimenangi Franco Morbidelli dari Itali yang mencatat masa 40 minit 20.078 saat, dan Thomas Luthi menyusul di tempat kedua.
Selepas tiga pusingan, Morbidelli mendahului kategori Moto2 dengan meraih 75 mata maksimum diikuti Luthi yang ketinggalan 19 mata dan berada Hafizh di kedudukan ke-14 dengan 11 mata.