Grand Final Kejohanan Varsity Sepaktakraw League (VSL) edisi 2025 menjadi penganjuran terbaik untuk menonjolkan bakat negara melalui segala platform yang cuba diketengahkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Kempen di Putrajaya yang menutup tirai semalam itu menyaksikan Universiti Putra Malaysia (UPM) muncul juara berganda setelah mendominasi acara regu dan beregu kategori premier.
"Antara elemen program kejohanan ini ialah melibatkan media sebagai pendedahan atlet.
"Untuk menjadi atlet berprestasi tinggi, mereka perlu menyesuaikan diri dengan suasana penyokong dan siaran langsung," kata Timbalan Setiausaha Bahagian Seksyen Sukan KPT, Dr. Hanafiah Ayub.
Sementara itu, bagi Setiausaha Bahagian, Bahagian Perancangan Strategik KPT, Fazidah Mustafa, menyifatkan kejohanan ini sebagai salah satu tempat medan persiapan buat atlet sebelum Malaysia bertindak sebagai tuan rumah Sukan Universiti ASEAN 2026.
"Malaysia berhasrat untuk menduduki tiga tempat teratas.
"Sepak takraw menjadi harapan menyumbangkan pingat emas untuk kontinjen Malaysia," katanya.
Dalam pada itu, ketua jurulatih sepak takraw UPM, Ahmad Sufi Mohammed Hashim, menjadikan kejayaan ini sebagai tonik terbaik buat anak buahnya yang akan hadapi Kejohanan Sepak Takraw Piala Tun Ali 2025.
"Ini (boleh medan persiapan) untuk pemain menghadapi situasi getir.
"Saya harap ia melonjakkan moral mereka menghadapi kejohanan lebih besar, Piala Tun Ali," katanya pula.

Nike BIG Discount
Diskaun 40% dan ke atas untuk kasut Nike! Masa terhad, cepat dapatkan sekarang!
Grab Cepat