Skip to main content

Permotoran

GP Hungary: McLaren catat pit stop konsisten 1.94 saat buat kedua-dua pelumba

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mclaren_1.jpg
Dalam perlumbaan Formula 1 yang menyaksikan mereka mendominasi litar dan menamatkan aksi dengan kemenangan berganda, pasukan McLaren turut menambah satu lagi pencapaian membanggakan dengan kedua-dua pelumba mereka, Lando Norris dan Oscar Piastri mencatat masa pit stop 1.94 saat di Grand Prix Hungary 2025.

 

Ia bukan sahaja antara pit stop terpantas musim ini, malah bukti kukuh bahawa McLaren kini menjadi pencabar utama bukan sekadar di atas litar, tetapi juga di lorong pit.

Kedua-dua pit stop berlaku sekitar pertengahan perlumbaan,  Norris berhenti pada pusingan ke-31 manakala Piastri membuat hentian keduanya pada pusingan ke-37.

Kru pit McLaren menukar ke tayar keras dalam masa 1.94 saat memberikan kelebihan masa penting untuk mengekalkan kawalan di kelompok hadapan.

Pit stop pantas ini menjadi penentu utama kejayaan McLaren meraih kemenangan 1–2, dengan Norris memenangi perlumbaan dan Piastri menamatkan perlumbaan hanya 0.698 saat di belakangnya.

Dalam perlumbaan di litar teknikal seperti Hungaroring, kecekapan pit lane sering kali menjadi pemisah utama antara kemenangan dan kegagalan.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video