Tumpuan terarah kepada juara bertahan Kejohanan Golf Maybank 2025, Yin Ruoning, cemerlang dengan 67 pukulan, 5 di bawah par untuk melonjak ke kedudukan kedua.
Lebih sensasi, Ruoning mendaki 19 anak tangga pada hari kedua aksi di Kelab Golf dan Country Kuala Lumpur itu, seterusnya berada di landasan tepat untuk mengekalkan kejuaraan.
"Saya cuba mencatat 5 di bawah setiap hari. Kalau dengan angka lebih rendah lebih baik.
"Saya gemar beraksi di sini yang disaksikan penyokong luar biasa," katanya.
Sementara itu, pemain wanita nombor satu dunia, Jeeno Thitikul, mengambil pendekatan selamat dan selesa berada di kedudukan mengejar pendahulu saingan.
Catatan 70 pukulan, 6 di bawah par bukan cerminan kualiti sebenar dirinya, namun pemain dari Thailand itu menegaskan, kepentingan mengekalkan ketekalan sepanjang empat hari pertandingan.
Selain itu, ketinggalan lapan pukulan bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dikejar malah pengalaman pahit yang menyaksikannya muncul naib juara dua kali kejohanan ini menjadikan dirinya pemain yang jauh lebih matang dalam mengatur strategi permainan, khususnya pada hari terakhir saingan.
"Walaupun adakalanya tidak berpuas hati dengan pukulan yang dilakukan, saya perlu kekal positif.
"Saya juga dapat beraksi dengan lebih agak agresif memandangkan permukaan rumput di sini tidak begitu melantun.
"Kesilapan dalam sembilan pukulan terawal menjejaskan rentak permainan saya," katanya.