Mendapat gandingan yang saling memahami mengubah persepsi pemain skuasy wanita negara, S. Sivasangari, terhadap acara beregu yang bakal disertainya dalam Sukan Komanwel
Gold Coast bulan depan meskipun baru berlatih bersama Rachel Arnold secara konsisten bermula tahun ini.
Sivasangari, yang lebih memberi tumpuan kepada acara perseorangan, tidak terlalu yakin dengan kebolehannya untuk acara beregu, apatah lagi beraksi dalam temasya besar yang menjadi penampilan kali pertamanya.
Namun, gandingannya bersama Rachel tampak positif setakat ini, dengan menganggap pemain berusia 22 tahun itu begitu komited dan mudah untuk membentuk keserasian terbaik antara satu sama lain.
Justeru, pemenang pingat emas Sukan SEA 2017 ini percaya mereka mampu untuk melakar kejutan di Gold Coast untuk sekurang-kurangnya meraih pingat gangsa.
"Kami mula berlatih sejak permulaan tahun ini. Daripada situ, ia telah membantu kami untuk menghasilkan gandingan yang lebih mantap," kata Sivasangari
Atlet berusia 19 tahun ini baru sahaja pulang daripada Jelajah PSA semalam yang menyaksikan dia tewas dalam pusingan separuh akhir Terbuka Montreal.
Kini, hanya latihan bakal mengisi jadual padat sebelum terbang ke Gold Coast bulan depan.
"Ia merupakan satu proses pembelajaran yang sangat berbaloi buat saya. Saya telah berdepan beberapa pemain yang berkualiti sepanjang kejohanan ini," ujarnya lagi.