Skip to main content

Sukan Lain

Gold Coast 2018: Atlet Program Podium perlu bukti kemampuan -- Newenham

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tim-newenham-podium.jpg
Senario Malaysia menamatkan kempen di luar kelompok 10 terbaik dalam temasya Gold Coast 2018 adalah satu kegagalan -- satu hakikat yang disedari organisasi Program Podium. 

Waktu untuk menilai keberkesanan sebenar Program Podium bermula dalam temasya ini dan mereka tidak lagi boleh bersandarkan pengaruh kecil kejayaan Sukan Olimpik Rio 2016. 

Ini berdasarkan peruntukan dana besar dan sistem sokongan menyeluruh bagi mempersiapkan atlet terbaik negara. 

Atas dasar itu, peminat sukan tanah air berhak mengharapkan seberapa banyak pingat emas yang mungkin daripada kalangan atlet elit. 

"Menjadi tanggungjawab kami untuk membantu Malaysia meraih kedudukan 10 terbaik. Kami juga mahu melahirkan atlet yang bagus untuk membutirkan pingat.    

"Ini adalah detik buat atlet apabila berpeluang untuk menyumbang kepada Malaysia melalui kilauan pingat dan ia juga adalah peluang terbaik buat mereka.

"Kami menjangkakan semua atlet sudah bersedia.

"Ini adalah masanya dan tiada siapa yang terkecuali. Kami harus menggunakan peluang ini dan membuat Malaysia berbangga," kata Pengarah Program Podium, Tim Newenham.

Seramai 74 daripada 178 atlet yang membentuk kontinjen negara ke Gold Coast adalah daripada program persiapan ini. 

Ia akan bermula dengan bintang angkat berat, Azroy Hazalwafie Muhammad, yang menyasarkan rekod kebangsaan dan emas dalam acara 56 kilogram. 

"Jika atlet telah bersedia untuk melakukan yang terbaik, mereka pasti mampu mencatat rekod buat diri sendiri. 

"Saya yakin setiap atlet telah mengharungi tempoh persiapan yang terbaik untuk menghadirkan kejayaan. 

"Jika terdapat sebarang tekanan, ia tidak akan membantu atlet. 

"Tugas kami adalah memastikan setiap atlet benar-benar bersedia untuk mempersembahkan kemampuan mereka yang sebenar.

"Saya gembira berada di sini untuk menyaksikannya," katanya lagi. 

 

Advertisement

Must Watch Video