Atlet gimnastik artistik lelaki negara, Jeremiah Loo, menamatkan aksi di tangga kedua tercorot dalam pusingan akhir all-around individu di pentas Sukan Komanwel Gold Coast, hari ini.
Jeremiah meraih tempat ke-17 dengan kutipan 73.250 mata secara keseluruhan menerusi enam acara.
Gimnas dari England menepati jangkaan untuk mengekalkan pingat emas acara all around individu menerusi Nile Wilson yang memukau juri dengan aksi kemas dan konsisten untuk meraih jumlah 84.950 mata, diikuti rakan sepasukan, James Hall, untuk perak dan gangsa milik Marios Georgiou dari Cyprus.
"Tekanan memang ada sebab beberapa hari lalu, saya mengalami selesema dan batuk. Jadi, saya tidak boleh beraksi baik hari ini.
"Peluang saya 50-50. Saya tidak mahu katakan saya tiada peluang atau jamin 100 peratus untuk mendapatkan pingat. Jadi, kita akan tengok esok," kata Jeremiah.
Jeremiah tidak memburu sasaran acara all around kerana lebih tertumpu kepada acara individu kekuda berpelana akhir dalam misi menamatkan kemarau pingat selama 12 tahun.
"Hari ini, saya buat buat lebih buruk berbanding hari pertama. Ia lebih sukar untuk saya tampilkan persembahan baik.
"Selepas melakukan kesilapan ini, saya rasa boleh perbaikinya esok.," kata Jeremiah lagi.