Skip to main content

Permotoran

Formula 1: Hamilton mula digesa supaya segera bersara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ferrari-driver-lewis-hamilton.jpg
Prestasi hambar juara dunia tujuh kali Formula 1, Lewis Hamilton, bersama Ferrari nampaknya menggamit perhatian pemerhati dan peminat sukan permotoran paling elit di dunia, terutama selepas berakhirnya perlumbaan yang berlangsung di Hungary.

Terkini, bekas bos Formula 1, Bernie Ecclestone, mencadangkan agar Hamilton segera mengambil keputusan untuk bersara sepenuhnya sebelum kredibilitinya berada di tahap terburuk jika mahu dikenang sebagai legenda Formula 1.

Ecclestone menyifatkan zaman kegemilangan pemandu Ferrari itu sudah sampai ke penghujungnya selepas mengecapi saat termasyhur bersama pasukan Mercedes sebelum ini.

"Lewis sangat berbakat, dulu dan mungkin masih lagi. Tapi seperti ramai bintang sukan lain, bila sampai ke puncak, tiada arah lain selain menurun.

"Mereka jadi letih. Lewis sudah terlalu lama buat benda yang sama. Dia perlukan rehat - rehat sepenuhnya, buat sesuatu yang berbeza," kata Ecclestone.

Jelasnya lagi ia merupakan proses biasa yang akan dilalui oleh mana-mana jaguh dunia Formula 1 dengan Hamilton perlu menamatkanya ketika keadaan belum menjadi lebih buruk.

Malah cadangan tersebut hadir ketika Hamilton mempamerkan prestasi yang sukar dipercayai di pusingan kelayakan GP Hungary di mana beliau gagal melapasi halangan dalam pusingan kelayakan kedua selain hanya mampu menamatkan perlumbaan di tempat ke-12.

Malah Hamilton sendiri mengakuinya ketika ditemui oleh pihk media sejurus berakhirnya sesi kelayakan tersebut.

"Saya rasa seperti tidak berguna lagi." Jelas Hamilton ringkas dalam sesi temubual tersebut.

Bagaimanapun ketika ini berlegar di laman sosial ura-ura bahawa telah berlaku sesuatu yang di luar jangkaan mengenai masalah dalaman pasukan teknikal dan kejuruteraan Ferrari dengan Hamilton di GP Hungary.

Cerita disebalik prestasi terburuk Hamilton di GP Hungary itu nyata melibatkan masalah besar yang sebenarnya membabitkan Hamilton dan pasukan Ferrari sehingga menjelmakan keputusan yang sukar diterima oleh peminat Hamilton sendiri.

Pasukan kejuruteraan dan teknikal Hamilton dikatakan mengubah penalaan yang diminta dan sudah dirancang lebih awal pemandu Britain itu sebelum berlangsungnya pusingan kelayakan tanpa disedari oleh Hamilton sendiri.

Malah sebaliknya berlaku terhadap rakan sepasukan Hamilton, iaitu  Charles Leclerc, yang kelihatan begitu selesa dengan penalaan mengikut spesifikasi yang diminta.

Keadaan itu telah menimbulkan banyak spekulasi yang kian berlegar dan bakal memperjudikan nasib dan masa depan Hamilton dalam dunia Formula 1.

Hamilton mengikat kontrak tiga musim bernilai 60 juta pound (RM336 juta) setahun bersama Ferrari, tetapi masih belum menaiki podium selepas 14 perlumbaan musim ini.

Advertisement

Must Watch Video